Wednesday, January 8, 2014

Avon Leader .

Assalammualaikum .. ^^


yeaaa .. sekarangg aku dah terjebak dengan dunia kecantikan .. aku sudah menjadi wanita avon .. hahah .. Pengalaman bekerja dekat avon memang best . walaupun baru sebulan keje . tapi ntah lah . sebab aku memang cinta dekat bidang perniagaan kot . Jadi , aku rasa seronok bekerja . ^^ sebenarnya nak mintak kerja dekat avon bukan kehendak aku . aku nak kerja dekat J-Star . kedai beg same tempat dengan hayati . dapat boss cina hensem  . hahah . tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan ? :) Alhamdulillah .. daripada 14 orang yang interview . aku dipilih . sumpah rasa macam tak percaya . kenapa aku yang cik ani pilih ? ntahlah . cuma dia sorang je tahu . aku mati2 laa dapat keje Jstar . tapi bos lambat call . bila aku dah kerja avon baru lah boss nak call . dan aku nampak dia mintak no fon aku dekat hayati pastu aku watpeace je kat dia dari kedai avon . sebab kedai kitorang depan2 je ! hahah .. 

Alhamdulillah dapat boss yang sangat best . aku panggil cik ani . sumpah dia rajin gila kerja . dari muda sampai sekarang dia minat bisnes . SPM je dia ada . tapi disebabkan minat . dia dah ada 2 kedai avon :) . dan dia ada kerja lain jugak dekat pam minyak shell . dia atas sikit daripada supervisor . kejekeje jugak . dapat jugak 4 orang anak .. cik ani banyak cerita pengalaman dia . dia mula dari bawah . sampai lah sekarang dia dah jadi bos :) kadang2 pengalaman yang dia cerita tu bukan setakat pasal kerja je . pasal bab2 kahwin pun ada .. tu yang best tu . caracara untuk mencari pasangan hidup dan mati .. heee ... rahsia kami pekerja avon je .. ngee

Harapan cik ani memang besar . target sale dia 1000 sehari dah cukup hebat bagi aku budakk baru nak belajar .. bukan senang nak menjual barang ni .. :) kena banyak sabar . kena senyum sentiasa . kena layan kerenah pelanggan yang macammacam perangai .. tapi sekurang kurangnya . senyum harihari kat orangorang yang tak pernah aku kenal insyaAllah awet muda lah aku . hahaha .. tapi berniaga memang pengalaman yang sangat best .. cik ani dah bagi peluang aku belajar pasal perniagaan ni . insyaAllah aku akan serap semua ilmu tu . dan insyaAllah aku nak jadi bussinesswoman yang berjaya suatu hari nanti .. hehe .. :)

Pengalaman yang mengajar kita . sekarang pandai je tak cukup . nak kena rajin dan pandai bergaul . bukan hanya hidup dengan dunia sendiri . dan sekarang terlampau ramai orang yang pandaipandai dalam akademik . aku biasabiasa je . ye itu kelebihan diorang .. dan aku tak dapat kelebihan tu . pandai tahap ape pun tak tau la nak cakap .. mungkin aku ada kelebihan lain . tak apa . aku akan cari slow2 .. ^^,

aku taknak jadi orang yang cuma nak jadi bangga bila orang tanya ada apa Degree . Master pada usia bawah 30an . tapi poket kosong . sekarang nak cari kerja bukan senang . walaupun dah ada degree or master kadang2 orang takut nak amik kita bekerja sebab nak bayar gaji mahal . dan sudah terlampau ramai orang yang dah ada degree n master sekarang . aku bukan tak sokong tak yah amek semua tu . tapi belajar lama2 sampai umur 25 poket masih kosong . nak tunggu dapat kerja lagi . nak bayar ptptn lagi ? bila engko nak kawen ? bila nak kumpul harta ?

jadi langkah terbaik . belajar sambil berbisnes kecil kecilan .. kalau memang nak belajar lagi teruskan . dan aku dah berhasrat nak buat bisnes . cuma aku baru nak masuk 18 . banyak lagi aku kena belajar . dalam umur 20 ke boleh lah start buat bisnes . insyaAllah .. makbulkanlah doaku ya Allah ..  Amin ..



'xiexie' sudi baca ^.^

Thursday, December 5, 2013

Tamat .

Bismillah...




Tajuk nak pelik je kan . Tamat ? apa yang tamat . hehe sebenarnya tamat sudah zaman persekolahan aku .. Tahun depan bulan 4 dah genap laa 18 tahun :p

entahlah nak rasa sedih ke rasa suka . perasaan tu macam ada tak ada je lepas sekolah ni . Pertama aku takut nak melangkah ke dunia luar . nak kemana aku lepas ni ? aku nak buat apa ? Dahlah tak dapat PLKN .Jadi , aku mesti cari kerja . Bosan kott  duduk rumah je -..-' haaa ni lagi satu masalah . penatt aku cari semua cuma mintak nama and no telefon je . haihhh .. sabar je lah . tunggu je lah call . rezeki ada kat manamana .. insyaAllah .. :)

macam2 kenangan 2013 ni . haihh . tapi rasa banyak tak best dari yang best . ahahaha .. serius tension kot belajar .. SPM kan .. herghh .. dah laa ada 4 subject killer . kalau satu je takpe jugak . and semua subjek sain tulen . rasa macam arghhhh kenapaaaaaa . tak semua orang diberi kelebihan yang sama kan ? dan aku rasa aku memang takde kelebihan langsung dalam subjek sain tulen ni . kalau sains form 3 boleh lagi . haha . maybe aku lebih kepada bussines ke . kerja yang ada jumpajumpa orang ni insyaAllah boleh . dan aku rasa dah muktamad keputusan aku tak nak sambung belajar subjek yang ada kaitan dengan sain tulen lagi . mungkin ada hikmah kenapa aku tak keluar awal2 dari subjek sain tu . ntah la . mula2 memang ada rasa nak tukar . tapi rasa nak cuba dulu belajar 3 4 bulan macam mana . dah lepas tu membe cakap dah nak setengah tahun pulak belajar . so teruskan je . and cikgu pun payah nak tukarkan kelas . lecehh . err.. tapi apeape pun . aku berpeluang belajar something yang menunjukkan kebesaran Allah . memang sangat complicated . tapi aku dapat something yang bermanfaat . cuma aku tak terer jawab dekat kertas soalan je . :p
Mungkin orang akan cakap dah tahu tak boleh bawak kenapa teruskan jugak ? laa mane la aku tahu . masa mula2 fasa perkenalan dengan subjek2 tu . belajar je lah . dan aku yakin ada hikmah setiap apa yang berlaku . :)

tak apa mungkin aku tak cukup berjaya dalam SPM sebab gred sain tulen  mungkin akan cacatkan keputusan  aku . tapi lepas spm banyak lagi cabang yang boleh kita cuba . nak berjaya bukan dekat atas kertas je . dengan berniaga buat bussiness pun boleh berjaya . InsyaAllah Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita semua :')

orang nak cakap apa cakaplah . banyak lagi masalah lain yang menyerabutkan otak aku masa SPM . besar dugaan Allah . Tapi aku gagahkan juga hati ni . syukur aku ada afif yang selalu bagi support and nasihat . selepas Allah . Dia tempat aku mengadu . dia tempat aku menangis . dia tempat aku tenangkan jiwa . sumpah terharu ada orang yang selalu ada disisi . Terima kasih ya Allah . dalam kesulitan yang kau beri ada sesuatu yang kau beri untuk menyenangkan jiwa ku yang dalam gundah gulana .

sekarang fikir masa yang akan datang . kena cukup bersedia dengan dunia luar . kena survive sendiri lepas ni . kena pandai bergaul . kena pandai jaga hati orang . semua tu kita dah pracrice masa dekat sekolah . dan kita akan tetap menggunakan cara yang sama bila kat luar nanti . semoga aku menjadi seorang yang menyenangkan hati semua orang dan mudah untuk berurusan dengan orang .. Amin .. :)
'xiexie' sudi baca ^.^

Friday, September 13, 2013

50++ Hari lagi .

Masa dah macam air . pergi macam tu je . cepat . cepat sangat . dan pada saat genting ini baru aku mula nak sedar . mula nak berubah . mulaa menangis setiap kali teringat keputusan aku yang sangat mengecewakan tu . Bukan aku nak semua ni . tapi aku belum cukup bersedia untuk ini . aku masih berada di dunia khayalan ku sendiri . aku masih bermimpi .

Hari yang dinantikan akan tiba jua . Pada bulan 11 .  Tapi , bulan 9 baru aku rasa betul-betul semangat untuk terus berubah . Ya Allah . Astaghfirullah ... mungkin banyak dosa ku sehinggakan aku kecewa sebegini rupa . bukan aku kecewakan diri aku sendiri je . tapi . cikgu . ibu ayah . Sumpah aku nak buat mereka rasa bahagia . rasa gembira . Bukan senang . bukan senang untuk aku bertahan . kawal perasaan . kuatkan semangat . kentalkan jiwa . Allah .. berat sungguh ujian-Mu ya Allah .. Tapi aku tahu ini semua berlaku kerana kasih sayang mu terhadapku ya Allah .. aku tahu kau tidak mahu aku tersasar jauh . dan sebab itulah aku diuji dengan pelbagai cara .

Kadang-kadang memang rasa macam nak lari dari semua ni . lupakan semua . tinggalkan semua . sebab apa yang aku harapkan sentiasa mengecewakan aku . Tapi . bila difikirkan masa depan . ibu ayah ..... aku memang nak berjaya . aku nak buat mereka menangis bahagia . Ya bukan mudah . Tapi saat-saat genting ni syaitan suka menggoda . ya Allah .. kuatkan semangat kami .. tabahkan lah hati kami semua ya Allah .. Permudahkan segala urusan kami , berkat dan rahmatilah dengan setiap apa yang kami lakukan ..

Salah aku . tak pandai kawal perasaan . aku biarkan perasaan aku yang mengawal aku . aku lupa . aku lalai . aku sedar tu semua . bangun lah wahai diri . tidak semestinya gagal hari ini , gagal selamanya . kuatkan semangatmu . pedulikan apa orang kata . mereka tidak merasa apa yang kita rasa . teruskan melangkah . aturkan langkah demi langkah . Bangkit semula . InsyaAllah awak boleh buat Adliyana .. :')

Maafkan aku . maafkan aku kepada semua yang telah kecewa kerana aku .

semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah . dan semoga kejayaan milik kita bersama .. :')
'xiexie' sudi baca ^.^

Monday, July 8, 2013

you also deserves to get it ADLIYANA ! Be strong !


Islam teach us to be successful ! hayya ala' al falah .. Marilah menuju kejayaan !


N E V E R GIVE UP  . INSYAALLAH !


study all the time ! ;)

yeah ! i want to travel around the world !!

n Always remember ,

:)







'xiexie' sudi baca ^.^

Welcome ya Ramadhan :')


Sekejap je masa berlalu . sekejap sangat . cuma tahun ni rasa tak sabar nak sambut bulan Ramadhan . InsyaAllah kalau boleh nak gunakan peluang ni betul2 . Harap Ramadhan kali ni lebih bermakna dari tahun sebelumnya . :') Mula je bulan Ramadhan , dah busy dengan studygroup . yang ni pun excited sangat ! sebab program ni cikgu bersungguh-sungguh buatkan untuk kitorang . studygroup ni memang dalam pemantauan cikgu . so latihan-latihan n teknik menjawab cikgu akan bagi. kitorang tinggal belajar. belajar n belajar . semua dah disediakan . apa lagi awak nak adliyana . study je la .seminggu akhir bulan 8 dah trial SPM . So, bulan Ramadhan lah bulan yang sangat sesuai untuk concentrate belajar . Bulan ni lah kita akan  kenyangkan akal kita dengan makanan minda . Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku serta rakan-rakanku dalam menimba ilmumu ya Allah . semoga kejayaan milik kami bersama . Amin . :')

Jangan putus harapan ye adliyana . kuatkan semangat . awak kuat . :') macam ibu , incik Afif sir muzaffar cakap , awak kena kuat semangat ! dan awak sememangnya kuat semangat . sebenarnya awak boleh buat . dan awak mesti boleh buat ! :') InsyaAllah bulan Ramadhan ni akan ku cuba istiqamah untuk berubah . berubah untuk menjadi insan yang berjaya dunia akhirat . Berikanlah aku petunjuk ya Allah . Aku mohon semoga Ramadhan kali ni aku akan menggunakan peluang sebaiknya untuk mendekatkan diriku kepadamu ya Allah . T.T

Tadi ada hari pelanggan , ambil reportcard . dan aku sedar  keputusan peperiksaan setengah tahun kali ni sangat teruk . maaf ayah , ibu , wan afif . Rasa sedih tak dapat bagi keputusan yang cemerlang untuk orang-orang yang sememangnya sangat berharap kat kita boleh berjaya .

n sebenarnya update post dari petang tadi , and now already around 10.30 p.m . sebab ! i found a video that  inspired me so much . MasyaAllah .. SubhanaAllah .. she's really deserves to get it . Got 9A+1A in her SPM .  wowww ! The video was on her SPM DAY RESULTS . with her daddy . Nampak raut wajah ayah dia yang sangat bangga n gembira tengok keputusan anak dia . Subhanallah .. its Amazing . Dan dia berjaya membuktikan bahawa Muslimah juga boleh berjaya ! :)

Always remember ,

  • You have to be successful in your SPM because , you want to make your mom and your dad proud of you and feel happy !
  • ''Whoever travels on the road of knowledge . Allah will travel them on the road of Jannah ''
  • Believe that Allah will hears your du'a and wishes .
  • Be strong ! and DON'T ever think that you cannot get it or you can't do it !
  • Nothing impossible with Allah LOVE :') Kun Faya Kun
  • Allah will always help you .
  • You have 4 months to go . please BEAT the TIME ! do not let the time beats youu ! ^^
  • Man Jadda wajadda !
Nadia syamila advices <3 hey i'm your silent reader thanks for inspired me so much . proud of you kakak <3

Till then . May Allah bless us ! Selamat menyambut bulan RAMADHAN . :')

'xiexie' sudi baca ^.^

Monday, June 24, 2013

Setengah Tahun .

Assalammualaikum . :)

Semoga selamanya bersama :')

emmm . Tuptup dah setengah tahun berlalu kan ? tahun ni rasa cepat sangat . yaAllah .. tandaa exam SPM semakin dekat . sedar  ct sedar . awak tu bukan pandai sangat . tapi tolonglah jangan malas . kalau rajin insyaAllah semua benda jadi . kalau malas ? alamat esokkk kau kerja kilang je laa . takpun jadi kilang . maksudnya kahwin then beranak tak sudah . n jadi suri rumah sepenuh masa jaga anak-anak . omg MIMPI NGERI tu . mimpi ngeri . arghhhh TAKNAKKK !! aku nak ada kerjaya sendiri . aku nak ada kereta sendiri . aku nak ada rumah sendiri . aku nak pergi overseas bercuti .  hmm . haishh .. tak boleh jadi ni . aku kena berubah . kena paksa diri untuk berubah jugak . PAKSA k PAKSA . sekarang dah tak boleh nak berkompromi dengan diri sendiri lagi . makin layan makin menjadi jadi malasnye . haihh apee lah nak jadi . lagi berapa bulan jee .. :'( aku masih belum bersedia nak SPM . ya pada aku amek aliran sains tulen memang  sangat berat bagi aku . mungkin senang bagi orang lain . tapi tidak bagi aku . kengkadang terpikir masa form4 dulu menyesal tak study betul2 . naik form 5 baru nak merangkak belajar 4 killer subject . killer subject tu adalah ADD MATH , PHYSIC CHEMISTRY , BIOLOGY . 5 yang lain pun ape kurangnya . payah jugak nak dapat kalau tak study . sejarah dah kena jawab subjektif , essay . dah takde macam form3 dulu . bulatbulat je :( sungguh aku hampir tersungkur . aku rasa down sangat .

Tapi . Alhamdulillah Allah hadirkan aku seorang insan yang sangat memahami aku . seorang insan yang bernama Wan Ahmad Afif . Pemberi semangat tanpa rasa jemu . Pemberi motivasi yang  tak berbayar dari 2 tahun lepas .  Seorang pendengar yang baik . Penyayang . Bertanggungjawab sebagai anak sulung . Syukur ya Allah . Dia seorang sahabat yang baik . Dia juga salah seorang yang sangat penting dalam hidup aku selain family and bestfriend perempuan aku Intan :') tak sangka sebenarnya . benda ni berlaku sekejap je . Aku dikecewakan dan selepas itu aku diubati dengan pengganti yang sangat memahami aku . ya mungkin jangan terlalu yakin yang dia akan setia dan sayang aku sampai mati . Aku memang tak berharap sangat . macam macam boleh jadi . tapi kehadiran dia sekarang , waktu ini , detik ini sangat bernilai bagi aku . Dia tempat aku berpaut untuk tidak terus hanyut . Dia bangkitkan semangat aku . Dia sedarkan aku dari segi macam hal . Aku memang banyak sangat masalah tahun lepas . Tahun ni . aku cuba untuk cari diri aku yang dulu . Seorang yang tak kenal erti mengalah . Seorang yang akan berusaha untuk mendapatkan apa yang aku nak n orang yang tersayang  nak sangat lihat aku berjaya  . Aku cuba untuk berubah menjadi seorang insan yang lebih baik . semua tu perlukan sokongan . dan dia lah orang yang Allah hadirkan untuk aku :') Wahai hati , kuatkanlah semangatmu , tabahkanlah hatimu . Jangan mengalah lagi . belum tiba masanya untuk kau berundur . kau mesti terus pandang kehadapan dan bersediaa untuk dugaan seterusnya ! ya sedarlah ct .

CT ,Kau tak rindu ke masa kau dapat 5A PMR dulu . ya hanya 5A dan bukan straight A . tapi bagi aku pelajar dari sekolah biasa and keputusan UPSR yang memang tak layak masuk sekolah berasrama penuh . Tapi kau berjaya dapatkan 5A3B tu . 3B tu mana tahu sipisipi je nak A ? ok lah tu kan . tak ada C . Tak ada D . Tak ada FAILED . Tapi kenapa masuk form 4 kau berubah . jadi malas . jadi cepat give up . kenapa ?? tolonglah . awak boleh buat sekiranya awak berusaha untuk dapatkan . yang penting  jangan give up . jangan sesekali . tolong .  yakin . awak mesti boleh buat ! :')

Tahu tak ramai mengharapkan awak ? family , afif , kak ain , cikguucikgu smksl . :'( Ya aku memang nak sangat dapat keputusan cemerlang SPM nanti . aku nak ubah nasib family . aku nak balas jasa ibuayah aku . Aku bukanlah daripada keluarga yang kaya . cuma cukuplah sekadar anak beranak makan n ada tempat berteduh . cuma tidak diberi kemewahan . Keinginan memang jarang dipenuhi. ni kan ujian untuk kau . Allah tak akan menguji hambanya kalau tak mampu ditanggung oleh hambanya. ya , Allah bagi ujian sebab Allah tahu aku boleh buat . :') kenapalahh tak terfikir sebelum ni ? sebenarnya BOLEH . tak ada yang mustahil . Berusahalah ct . biar bersusah susah dahulu . bersenang senang kemudian .

Untuk encik Afif ,

Terima kasih sentiasa berada disisi dan tidak jemu memberi peringatan kepada saye . saye tahu awak pun sangat berharap supaya saye dapat keputusan yang cemerlang nanti . kalau boleh saye nak jumpa awak sambil bawak slip keputusan dengan result yang gempak tunjuk kat awak . yaAllah . mesti rasa puas n terharu bila saya dapat buat semua tu untuk orang yang saya sayang kan ? InsyaAllah wak . saya cuba . saya nak sangat tengok semua family saya bangga dengan saya n nak sangat tengok awak bangga dapat cinta hati macam saya . huk2 . Saya taknak hampakan orangorang yang saya sayang . saya tak nak . saya nak buktikan dekat semua orang , saya boleh buat ! :') nah laguu untuk awak . Sampai Tua Fynn Jamal

Biar . biar jiwa bersuara :')





'xiexie' sudi baca ^.^

Saturday, May 11, 2013